Monday, January 16, 2012

Doa untuk ibu hamil

Doa ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mudah bersalin.

Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.


اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan

al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W


Sesiapa yang tidak mampu membaca doa ini dalam Bahasa Arab, boleh sahaja berdoa dalam Bahasa Melayu... asalkan ia difahami dan mampu dihayati ketika berdoa.

saya print dan tampal di ofis serta di rumah agar senantiasa ingat dan menjadi rutin membaca doa ini. :)

2 comments:

Fara Ada said...

thanks ana berkongsi ilmu..hehehe..
bagus2...

farahana said...

sama2... ilmu berguna kita kongsi la.. untuk kebaikan bersama :)