Saturday, December 17, 2011

Sabar je lah,,,,


Hari ni mmg hari yang menguji kesabaran.. dengan karenah anak yang dah pandai nak tolong sepahkan rumah, kita kemas, x sampai 10 minit bersepah balik.. aduh,, ni baru sorang, 2,3 lagi mcm mana la, boleh kurus gamaknye..

Memebesarkan anak dalam era skrg mmg memerlukan kesabaran yg tinggi,kuncinya kita mesti Sabar dan terus bersabar.. sabar adalah satu sifat mahmudah yang amat dituntut didalam islam, kerana ganjarannya amatlah besar... di samping tu, kita mestilah terus menasihati mereka dengan sabar, bukan dengan kekerasan.. kekerasan bukan satu2 nya cara untuk mengatasi sifat nakal anak kita, sebaliknya sifat sabar kita yg akan melembutkan hati mereka..

teringat saya pada petikan dari Dr Haji Juanda B Haji Jaya
"Setiap kali isteri menangis kerana perangai suami yang menyakitkan hati (or vice versa), kerenah anak-anak yang semakin suka memberontak, tertekan dengan amanah dan tanggung jawab, maka tanpa dia sedar sesungguhnya Allah SWT telah mengikis sedikit demi sedikit dosa-dosanya sebagai balasan atas kesabaran dan ketabahannya.."

teringatkan petikan diatas, hati ni sejuk skit..kadang2 menguruskan rumahtangga ni mmg sesuatu yang amat memenatkan.. dengan penatnya dari ofis, sambung kerja kat rumah lagi, mengemas, masak, urus anak, sambung lagi dengan tugas isteri di malam hari, huh.. kalau ikutkan, 24 jam mmg x ckup.. tapi kita tetap boleh buat, semua boleh dibereskan, dan boleh bgun pada keesokan harinya seperti biasa.. hebat kan kita sebagai wanita. Wanita, Ibu, Isteri, sangatlah istimewa dan banyak kelebihannya .. setiap apa yang kita kerjakan, amatlah besar ganjarannya.. asalkan, kita x mengeluh.. x ungkit mengungkit.. kalo ini yang terjadi, mmg rugi besar lah.. segala2nya sia2. Kita mestilah terus melakukan dengan sabar.. kerana, segalanya akan jadi mudah bila kita fikir dan semat dalam hati, semua ini kerana Allah, dan setiap letih ini, ada ganjaran dari-NYA.. insyaAllah..

1 comments:

Anonymous said...

Salam,

Maaf kalau saya salah bertanya, cik dulu pelajar CS UiTM ke? Kalau nak bertanya pasal pelajaran disana boleh? Saya nak sambung belajar disana kelak.

Terima Kasih
Zu