Ibu yang menyusu mempunyai risiko osteoporosis terutama jika pengambilan sumber kalsium tidak diambil perhatian dengan serius.
Paling ketara ialah ibu yang sudah beberapa kali melahirkan anak dan jika berterusan tidak menggantikan kalsium yang diperlukan oleh tubuh kerana mengandung, menyusu dan keperluan khas diri maka ia akan memudaratkan diri di kemudian hari.
Walau pun kalsium ni terdapat dalam banyak sumber lain selain susu....contohnya
1. Keju dan makanan yang terbuat dari keju.
2. Yogurt.
3. Susu dan makanan yang terbuat dari susu.
4. Ikan Sarden dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya.
5. Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung dan lain lain.
6. Sereal.
7. Jus jeruk.
8. Kacang kedelai dan makanan yang terbuat dari kedelai.
9. Susu kedelai.
10. Roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel.
Namun ada terdapat kekangan sekiranya kita memang tidak jenis yang mengambil apa yang disenaraikan dalam menu harian...
Paling mudah kita ingat nak dapat kalsium kena minum susu....susu pula kita kena tahu..
SUSU RENDAH LEMAK....makan TINGGI KANDUNGAN GULA sebab bila kurang lemak rasanya tak sedap...pengeluar akan meningkatkan kandungan gula supaya perasa menjadi sedap. Lebih gula, boleh gemuk?
SUSU RENDAH GULA....TINGGI KANDUNGAN LEMAK...bila kurang gula, rasa menjadi tawar maka lemak akan menggantikan kekurangan itu. Maka risiko lain seperti kolestrol, darah tinggi, jantung....?
Bagi ibu , ibu prefer kalsium tablet....tapi pengambilan supplement memerlukan kita consume banyak air supaya penyerapan vitamin oleh badan dapat dilakukan dengan baik.
Apa yang perlu kita tahu tahu tentang kalsium?
Pengambilan kalsium seharian yang disyorkan berubah-ubah daripada 1000 ke 1500 miligram, bergantung kepada peringkat usia.
- Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
- Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
- Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
- Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.
Kerana kita mengandung dan menyusukan anak..... Maka pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting. Antara tanda kekurangan kalsium adalah sakit tulang belakang, badan mudah lenguh2, kaki mudah kebas, sakit kepala yang paling senang nak lihat.... CUBA LIHAT TAPAK KAKI BAHAGIAN BELAKANG, JIKA KELIHATAN KULIT KAKI KASAR DAN BANYAK PECAH2 maka segeralah amik kalsium dalam diet harian.
Kita boleh dapatkan kalsium dengan mudah melalui susu namun perlu diingat susu mengandungi lemak yang tersembunyi. Walaupun dia tulis rendah lemak namun ianya tetap lemak. Sebab tu yang lebih bijak memilih kalsium tablet sebagai pengganti. Ibu tetap minum susu tetapi tidak secara harian.
Seorang pakar nutrisi memaklumkan ...Ketika seorang wanita itu hamil maka dia memerlukan 400mg lebih kalsium harian dan semasa penyusuan dia memerlukan lebih 300mg.
Hakikat sebenarnya
* Kalsium sering terdapat di dalam makanan yang tinggi kandungan kalori dan lemak seperti contoh bahan tenusu, keju, yogurt dan kacang soya.
* banyak sumber kalsium yang kaya dengan kolestrol
* Kalsium yang wujud dalam sesetengah makanan mungkin tidak dapat digunakan oleh tubuh badan. Sebagai contoh
Kalsium dalam bayam dikaitkan dengan asid oksalik. Kalsium dalam kebanyakan gandum dikaitkan dengan fifat yang mana boleh mencegah kalsium digunakan secara berkesan dalam tubuh badan.
Secara keseluruhan kalsium sangat penting untuk
# membina tulang dan gigi yang kuat
# membaiki ransangan urat saraf
# mengelakkan kekejangan otot
# untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah
Maka secara kesimpulannya kita tidak boleh memandang remeh dengan pengambilan diet harian kerana jika dibiarkan melarat kita yang menangung akibatnya.
0 comments:
Post a Comment