Tuesday, October 5, 2010

Barakah yg di cari

Salam Semua, apa khabar kawan2 hari ni.. Alhamdulillah, kita semua masih diberi merasa nikmat oleh DIA yg maha pemurah...

Korang semua mesti kenal maheir zain kan, siapa tak kenal maheir zain, tambah2 kak zati, my office mate, hehehe....beria2 dia dgn kak pah book tiket mini konsert maheir zain.

Tp, ape kaitannya maheir zain dgn tjuk entri kali ni ye.. hehehe...ada kaitannya.. korang tau x ada salah satu lagu maheir zain yg bertajuk barakaAllah..

Sejak dua menjak ni, lagu maheir zain sering saja meniti di bibir ni saban hari, di pasang berulang2 kali sambil menyanyi2 bersama suami tatkala pulang dari tempat kerja, mengisi rasa bosan didalam jem yg x berpenghujung.

Antara lagu kegemaran kami ialah lagu BarakaAllah ni la..sedang2 ana melafazkan setiap bait kata itu, terselit satu doa yg ana sendiri kurang pasti apekah doa itu, terasa ingin mencari kepastian ape yg kami lafazkan setiap hari itu,ana pun mulalah mencari dan terus mencari.. dan, Terjumpa lah satu entri di blog kak ina yg membincangkan tentang barakah juga, di dalam entri tersebut terdapat satu doa

بارك الله لك وبرك عليك وجمع بينك في خير

Maksudnya : “Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.” (Hadith Riwayat Ashabus Sunan kecuali An Nasai dan lihat Shahih Tirmidzi 1/317)

cuba perhatikan doa tu, sama kan dgn doa di dalan lagu maheir zain tu, cuma bezanya pada huruf kaf, iaitu 'laka' sedangkan pada lagu maheir zain, lakuma, maknanya x de lah beza, 'laka' untuk seorang lelaki, manakala 'lakuma' untuk 2 orang.

Hakikatnya, lafaz baarakallah itu adalah suatu doa yang diajar oleh raslullah SAW sendiri untuk pasangan lelaki dan wanita yang menjadi raja sehari. Mengucapkannya merupakan satu bentuk pengharapan kepada ALLAH SWT, agar ikatan pernikahan/perkahwinan yang terjalin diwarnai dengan amalan yang menerbitkan barakah kerana keberkatan inilah yang akan menatijahkan reda ALLAH kepada pasangan mempelai ini dalam menelusuri perjalanan hidup sebagai suami isteri.

Ia adalah ucapan yang indah kepada pasangan yang akan memulakan bahtera cinta rumahtangga, dan ia juga secara tidak langsung menghadirkan kebaikan dan pahala kepada individu yang melafazkannya kerana menuruti sunnah rasul yang mulia. tak sangka pula yg kami lafazkan saban hari itu adalah doa untuk rumahtangga kami.. Alhamdulillah.

Jadi kawan2, lepas ni bolehlah kurangkan keutamaan ucapan-ucapan yang tidak memberi
makna bahagia yang hakiki seperti, ‘semoga bahagia hingga ke anak cucu’,
‘selamat pengantin baru’ dan seumpamanya. Sebaliknya ucapkanlah kalimah munajat
ini agar manfaat yang terkandung padanya menyerak bahagia kepada semua manusia.

Semoga kita semua terus mendapat hidayah dariNYA... AMIN.

0 comments: