Monday, November 2, 2009

Mula terasa penatnya...

salam .. huhu.. sedar x sedar, kandungan ku sudah pun berusia 28 minggu (kalo ikut result scan) dan 27 minngu (ikut klinik kerajaan) .. tp ana rasa da masuk 7 bulan kot , mengikut pada tahap keaktifan bayi yg semakin meningkat..huhu.. mmg terasa penatnya bawa perut yg dah membesar ni.. jaln skit pun mula nak mengah.. tambah2 lg bila g check baru2 ni, HB ana turun lg...

skang nak pakai bj kurung mmg da x chantek la.. nampk mcm sarung nangka.. haha..so, kene la pakai jubah setiap hari ke tempat keje..tp x pe, am suka.. hihi...

skang ni perasaan semakin resah, fikirkan mcm mana la nnt, boleh ke ak bersalin secara normal, selamatkah aku, bby mcm mana, huh.. semua bagaikan berlegar2 di kepala skang nih,, tp tu la, doa je la.. byk2 istighfar semoga semua selamat...

tambahan lak, ana suka sangat makan coklat, tkt nnt anak h***m.. huhu.. air soya lak baru leh minum, sebelom ni, loya kalo minum soya.. dah la sll training n jumpa org india,, hahaha..
tp ni semua kehendak Allah, ak terima seadanya.. apa pun nnt, ana harap semuanya selamat..

Thursday, October 29, 2009

Setelah Sekian Lama....

Salam semua kawan2.. huhu... akhirnya,, sempat gak ana jengah ke blog nih.. mmg ada niat nak update, tp semua tu tinggal niat je la.. sbb mmg sibok skang ni.. terlalu sbuk.. kononya la...
byk benda sebenarnya ana nak update, 1-pasal raya(da lame sangat da)
2-pasal konvo
3-pasal keje
dan bayk lagi lah... pasal raya tu lupa kan je lah.... sb mmg da lame bebenor dah..huhu
tanggal 21/10/2009 aritu, berlangsung lah majlis konvo ana.. dalam keadaan sorok2.. berjaya gak ana naik pentas.. hihi..sebenarnya mmg ana di larang naik pentas, atas alasan H1N1, masa hari amik jubah tu mmg bengang la kan bila di tahan dari daftar amik jubah, pah tu ana kene masuk opis untuk mintak kebenaran.. diorang cakap mmg x akan bertanggungjawab kalo jd ape2.. ana dengan beraninya cakap.. "ok.. kalo ada apa2, saya tanggung sendiri, saya x akan libatkan pihak university.. " huhu.. dalam keadaan terdesak...
masa amik jubah tu, diorang cakap lak, "akak , ngandung mmg kene tahan kak, kalo lepas skang pun masa amik jubah nant mesti kene tahan.. " lagi la ana geram.. dengan selambanya ana jalan je, g amik jubah.. peduli hapa aku.. huhu
masa nak amik jubah tu, jumpa dengan nadia, intan...dan beberapa kawan kolej dulu.. huhu.. rupanya diorang yg jaga kaunter jubah.. senang la keje.. x payah nak bertekak lagi..huhu.. thanks kawan2 sb tolong ana .. hihi...
lepas amik jubah tu, mmg x lena tido lah duk pikir, nak naik pentas ke x nak.. tp sian lak miza yg dah dtg dari johor semata2 nak tgk ana konvo.. hurm.. am lak mcm nak suh ana naik pentas sb dia kate benda ni skali je.. huhu.. pening2..
pada hari konvo tu mmg kelam kabut lah, dengan yan yg xada baju dan kad jemputan , ika yg datang lambat, huhu.. ana yg datang dengan niat hanya tuk bergambar dengan kawan2 pon bg la kad jemputan tu pada yan.. sb am dengan miza x masuk dewan..so bg la ayah yan masuk dewan.. ana mula2 yg nak bergambar ngan kawan2, mula beratur memasuki barisan, barisan tu bergerak menuju kedewan, dan dengan hanya bersandle, ana pon secara x sengaja masuk kedewan,, OMG, mmg berdebar la time tu, sb takut kene tangkap dengan urusetia.. huhu
masa kat dalam dewan tu, punya la duk tutup pert sb tkt kene tangkap, huhu..nasib pakai jubah, x de la perut ni nampak sangat.. huhu..sian bby, bukan mama nak sorok2 bby, tp terpaksa,, mama mintak maaf k sayang..hehe ..akhirnya..alhamdulillah, ana dan baby berjaya dan selamat naik ke pentas dengan hy bersandle. hihi

Wednesday, August 5, 2009

Nikah Muda dah Bahagia...

dipetik dari iluvislam.com
Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)
Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud: “Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “ (Hadith riwayat Imam Ad Dhalani)
dalam Musnad Al FirdausDari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".
Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32) Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.
Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda, “Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi).
Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya: "Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah" Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab; "Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami ""Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu" (Hadith riwayat Muslim)Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya, "Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .Jawab sahabatnya,"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?" Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah

“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

p/s:kepada kawan2 yg nak kawen lambat tu.. fikir2 kan lah.. hihihi

Saturday, August 1, 2009

Semakin Membesar.....

salam suma.. lamanyer x jenguk blog nih.. nasib baik ingat lg ID, hihi..
Semakin membesar??? apa yg semakin membesar tuh..... hahahaha.. mesti la perut ku yang da hampir 4 bulan nih... huhu...
alhamdulillah...pejam celik pejam celik.. anak ku di dalam kandungan ni da hampir 4 bulan usianya...dah ada kaki, tgn, jari, semua da terbentuk.. tp sifatnya x cukup lg.. x sabar rasanya nak tunggu 5 bulan lg.. teruja sangat..

jaga kandungan ni bukan senang seperti yg dilihat.. banyak pantang larang yang kene jaga.. percakapan, penglihatan, pemakanan, mcm2 lg lah.. tp alhamdulillah la.. anak sulung ku ini tidak membebankan ku dengan banyak karenah..ana x mengalami alahan yang teruk.. cuma ada ssetgh makanan je x leh makan, muntah pun baru 2,3 kali.. mengidam pulak.. mcm x de je.. hihi.. tp x tau lah.. anak first lah katakan..

tapi ana ada perangai pelik skit, mungkin pembawaan baby kot, ana jd x nak keluar rumah, malas sangat nak jalan2.. sian am, sampai sakit kepala duk umah.. haha..makan lak..ana x suka sangat makan kat luar, semua ana nak masak sendiri, penat mcm mana pun mesti makan kat rumah..huhu..

pasal rezki lak, rezki anak ni alhamdulillah la melimpah ruah.. terasa je teringin nak makan,x sempat nak cakap lg kat suami, ada je orang datang bagi, kadang2 jiran sebelah rumah datang bg... mak mertua beli bg.. alhamdulillah la..umi kate.. tu suma rezki anak.. huhu.. Allah maha besar.. lagi maha mengetahui..

kerja kat TM skang pun rezki anak yg di kandung nih.. alhamdulillah ana dapat kerja sebagai IT executive kat TM..jauh sikit la dari rumah.. sian kat am la.. kene anta amik .. tp x pe.. da nama pun suami kan..
sekarang ni.. ana rasa kehidupan ana da lengkap sebagai seorang wanita..hihi..rasa kasih pada suami pon semakin bertambah2.. betulla orang kate, anak ni pengikat kasih.. hurm..

p/s.. kawan2 bila lg.. hihi..

Monday, June 1, 2009

Tahniah... Puan hamil 5 minggu..

Alhamdulillah... saat yang dinantikan selama ni akhirnya tiba juga.. ibarat terbitnya mentari..x tau apa perasaan ketika disahkan hamil.. seronok sangat...itulah impian seorang ibu dan bapa yang mendirikan rumahtangga..
flashback...
2,3, minggu sebelum ni.. ana semacam terasa ada perubahan pada diri ini... sepertinya cepat marah, cepat sedih, dan mudah terasa..tp mungkin tu perkara biasa kot...ana menjalani kehidupan harian seperti biasa...tanpa menyedari itu adalah pembawakan bayi di dalam kandunganku..
am pula.. sering mengalami pening2 dan pitam.. hurm.. tp tu mungkin sbb dia mmg suka tdur lambat...main game...(hei,,, bila la nak berubah.. hahahah)

nak di jadikan cerita.. satu hari tu, am mimpi, mimpi dapat anak kembar katanya.. huhu.. seronok sangat katanya, yg llk iras mukanya, yg perempuan pula iras muka ana..hihi... ana hanya melayan saja kata2nya itu tanpa memikirkan bahawa itu adala petunjuk bahawa ana hamil...
ana teruskan kehidupan seperti biasa.. ramai yang tegur, perut ana membuncit,masa jumpa hilda hari tu,, beria2 dia suruh ana g check.. katanya da besar ni.. hurm.. ana hanya endah x endah je katenya tu..
disebabkan terasa diri ini semakin gemuk,, ana secara x sengaja telah menyuruh am beli tali skeeping, dan benda angkat berat tuh.. huhu.. pas ni kurus la aku.. hahahah
ana pun dgn semangatnye main lah mende2 tu.. sebelum tdo, setengah jam ana main tali skeeping dgn angkat berat.. huhu.. penat x terkata..

keesokan harinya..masa 3p..apa lagi.. tidurla.. masa kat surau.. topik perbualan kami ialah hamil dan baby.. ema ngan kak ju pulak x habis2 suruh ana check.. huhu..

balik malam tu.. selepas makan, ana rasa sesuatu di melekat di tekak ni.. terus kesinki dan muntah.. eh,, kenape dgn aku ni..hurm.. mungkin aku patut check.. ana ngomel sendiri..

sembunyi2 ana ambil pregnancy test yg ana dapat free dr kakak am. huhu.. ada 5 dia bekalkan ana..first time check.. tbe2 positive..hah????positive.. benda ni rosak kot..hurm.. masa tu x percaya sangat pada mende tu..pah tu ana semayang maghrib dlu..selepas smyg, ana rasa x sedap ati lak,, sekali lg ana amik pregnancy test tu, dan for the second time, the result was same,, huhu.. tbe2 ada satu perasaan lain .. ya Allah, aku hamil.. berkali ana membelek2 benda tu..

masa tu am tgh tempah hotel, sebenarnya minggu ni kami nak g bercuti,, tp salah tarikh, cuti sekolah, semua hotel penuh.. ana pun membatalkan saja niat dihati.. ingat nak cakap kat am masa kat sane, tp dah x jd, ana pn ambik keputusan nak bgtau skrg je..

ana bg pregnancy test td, dia tgk menda tu terpinga2.. mungkin x paham kot maksud 2 line kat benda tu.. ana pon cakap la.. positive, ana hamil... huhu.. terus dia ***** ana.. hehe

ana pon telefon la miza, bg tau keluarga kat mah, huhu.. esoknya kami ke klinik.. recheck balik.. dan ternyata.. ana telah hamil.

Thursday, May 28, 2009

Sebelom tidur korang wat pe eh...hurm....jom amalkan sunnah nih..

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Quran,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. . . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Thursday, May 21, 2009

Aku temui Ketenangan jiwa yang dicari...

Mencari ketenangan jiwa ni mmg susah kan..adakalanya kita akan rasa tenang selepas dapat berbual dgn ibubapa, rasa tenang bila kita jauh dari segala dosa, terasa tenang juga bila kita dapat selesaikan semua masalah kita..

tapi tu hanyalah ketenangan semata2.. kawan2 nak tau x mcm mana tenang dan mendapat pahala? orang kata 2 dalam satu,, sambil dapat membersihkan jiwa, menenangkan jiwa, income pahala pun masuk.. huhu..

semasa ana melayari youtube.. mendengar ceramah dari mufti perlis, ada keluar kat tepi tu, bacaan terbaik misyari al-afasy.. hurm.. nak tgk lah.. ana pun mematuk keybord ni.ingin mendengar bacaan tersebut..

Subhanallah.. Allah maha Agung.. betapa merdunya beliau mendendangkan ayat Quran.. Sesungguhnya ana terasa sangat tenang dan x jemu mendengar bacaan ayat2 suci itu berulang kali..

terasa sangat bersyukur kerana menemui sesuatu yang sangat berharga..antara surah2 amalan yang sememangnya kita sepatutnya amalkan setiap hari.. semuanya ada didendangkan oleh beliau..Surah Al-Mulk, Surah As-sajadah, Al-waqiah, Al-qiyamah...Semua ada...

dendangannya sangat menusuk kalbu sehingga blh menyebabkan kita menitiskan air mata..terasa sangat bersatu dgn jiwa.. sehingga terasa rindu dgn bacaan Al-quran.. dan x perlu lg kita mendgr dendangan lagu2 yang sememangnya x memberi sebarang faedah, malah melalaikan jiwa..

sekarang ni Alhamdulillah, ana dah jarang mendengar lagu2 yang melalaikan.. sebaliknya mendengar recitation dr Saudara misyari..dan menjadi rutin ana memasang cd bacaan ni selepas subuh..sambil kita buat keje lain, sambil masak, sambil drive, kita masih blh melaungkan ayat suci alquran ni...

kalo kawan2 nak dgr, klik sini.. ni surah Al-Mulk yang mmg favorite ana..

Semoga kita semua mendapat rahmat dan sentiasa diberikan hidayah daripadaNya. Amin.

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.


“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

(Surah Al-Baqarah: 138)